Ramadan & Batal Puasa

Bulan Ramadan Adalah Bulan Rahmat Untuk Orang Hidup & Orang Yang Sudah Mati. Bulan Ramadan Boleh DiGelar Bulan NUR (Cahaya). Ia Juga DiPanggil Bulan Tarbiah (Menahan Nafsu Makan).

Untuk Yang Hidup, Bersyukurlah Kerana Masih Sempat Berpuasa & Menambahkan Amalan (Menjadi Baik).

Untuk Orang Yang Sudah Mati, Terlepas Dari Seksaan Kubur Sepanjang Ramadan.

Walau Bagaimana Pun, Syarat-Syarat Sah Puasa & Penyebab Batalnya Puasa Janganlah Kita Ambil Remeh. Marilah Kita Sama-Sama Sampaikan Sesuatu Yang Kita Tahu (Pelajari) Kepada Muslim Muslimat Yang Masih Tidak Tahu.

Berikut adalah mengapa puasa kita batal :-

1. Lupa Berniat. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah). Walau Bagaimana Pun, Jika Seseorang Bangun Sahur Tetapi Tidak Berniat, Maka SAH Puasanya Kerana Niat Ketika Bangun Sahur Adalah Kerana Hendak Puasa Esok Harinya.

2. Kahak Keluar Semasa Batuk & Ditelan Balik. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

3. Sisa Makanan Keluar Dari Tekak & Ditelan Balik. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

4. Ubat Asma (Ventolin Inhaler) Tidak Boleh Digunakan Semasa Berpuasa. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

5. Menyusukan Bayi Dari Badan Ibu. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

6. Air Besar Jenis Sembelit, Bahan Hendak Keluar Tiba-Tiba Dimasukkan Semula. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

7. Ubat Mata (Titisan Cecair) Sama Juga Dengan Titisan Untuk Kanta Mata. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

8. Ubat Gigi Masih Terasa DiDalam Mulut & Ditelan. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

9. Cacing Di Dubur. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

10. Menelan Air Liur Yang Berdarah (Gusi / Gigi Berdarah). (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

11. Menelan Hinggus Yang Masih Boleh Dikeluarkan. (Wajib Qodoq Tanpa Fidiah).

Tanda-Tanda Nak Mati

Wahai Orang-orang Islam, apa yang perlu anda lakukan jika saat ini datang?

100 Hari Sebelum Mati >

Bergetar Seluruh Badan Untuk Beberapa Saat Selepas Waktu Asar.

40 Hari Sebelum Mati >

Getaran Di Tengah-Tengah Pusat (Perut) Untuk Beberapa Saat Selepas Waktu Asar.

3 Hari Sebelum Mati >

Bergetar Di Antara Kening Kanan & Kiri (Tengah-Tengah) Untuk Beberapa Saat Selepas Waktu Asar.

1 Hari Sebelum Mati >

Getaran Di Umbun-Umbun Kepala Untuk Beberapa Saat Selepas Waktu Asar.

Sempatkah bertaubat? Mulakanlah saat hidup kita seperti esoklah hari kematian kita. Dan jangan lupa khalimah Allah >

Pertahanan Kediaman (Pagar Rumah)

تَحَصﱠنْتُ بِحِصْنِ لاَ اِلٰهَ اِلاﱠ الله مُحَمدٌ رَسُوْلُ الله

"Aku membina pertahanan dengan kubu 'LAILA HAILLALLAH MUHAMMADUR RASULLULLAH'."

(gunakan ayat ini selalu dirumah serta tiupkan di sekeliling dinding rumah)

Ayat-ayat Al Quran merupakan bahan utama bagi pertahanan dan rawatan diri setiap Muslim.

Firman Allah S.W.T. :-

وَنُنَزﱢلُ مِنَالْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْ مِنِيْنَ

"Dan Kami turunkan daripada Al Quran suatu yang menjadi PENAWAR dan RAHMAT bagi orang yang beriman"

Pohonlah perlindungan dan kesembuhan dari Allah S.W.T.. Di samping usaha secara fizikal, DOA merupakan senjata utama bagi setiap permasalahan hidup termasuklah hal-hal pertahanan dan rawatan diri.

Firman Allah S.W.T. :-

اُدْعُو انِي اَسَْتَجِبْ لَكُمْ

"Mintalah daripada Ku nescaya Aku perkenankan permintaanmu"

Rasullullah S.A.W. bersabda :-

لآيَرُ دُ القَضَا ءِ إِلاﱠ بِالدُعَاءِ

"Tidak tertolak qadha (ketetapan Allah) melainkan dengan DOA"

اَلدُعَأُ سِلاَ حُ المُؤْمِنُ

"DOA merupakan senjata bagi Mu'min"

Hindarilah diri kita daripada melakukan amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik seperti penggunaan tangkal, azimat, memuja tempat-tempat yang dianggap keramat, menggunakan sihir, bersahabat dengan syaitan dan jin dan sebagainya.


.....................................................................................


Sentiasa "memagari" kediaman kita dengan amalan berikut supaya kediaman kita terselamat daripada bencana perbuatan jahat manusia dan makhluk halus, insyaAllah:-

i) Membaca surah Yassin sebanyak 40 kali beserta solat hajat untuk memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

ii) membaca Ayat Kursi (berulang-ulang) sambil mengelilingi rumah (bahu kiri menghadap ke rumah) sehingga sempurna pusingan. Bagi rumah teres, dilakukan dengan berjalan di hadapan pagar rumah dengan bahu kiri menghadap pagar rumah.

iii) lakukan cara yang sama di dalam rumah dengan bahu kanan menghadap kedinding rumah.

iv) berdiri di tengah-tengah rumah sambil menghadap kiblat dan membaca Al Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan 9 ayat pertama surah Yassin. Setelah habis baca, tiup sambil berpusing mengikut arah perjalanan jam sehingga sempurna satu pusingan.

v) sentiasa bersolat dan membaca Al Quran di dalam rumah.

.....................................................................................

Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Baca doa berikut ketika di dalam keadaan sujud di rakaat terakhir sembahyang malam.

رَبﱢ هَبْ لِى مِنْ لَدُنْكَ ذُرﱢيَةً طَيﱢبَةً اِنﱠكَ سَمِيْعُ الدُعَا ءِ . رَبﱢ لاَتَذَرْنِى فَرْدًا وَاَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِيْن

Maksudnya:-

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa. Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik."

.....................................................................................

Doa Menghilangkan Sakit Perut

i) Minum segelas susu segar atau susu tepung. Jangan minum air kosong ketika perut sakit.

ii) Jangan memakan makanan pedas, makanan bercuka dan makanan yang dijeruk.

iii) Jaga waktu makan dan jangan biar perut kosong.

iv) Jangan mengambil makanan terlalu banyak atau terlalu sikit.

v) Jangan makan makanan yang keras dan berminyak.

Doa bagi menghilangkan sakit perut termasuklah gastrik:-

1. Al Fatihah

2. Doa

3. Doa

(sebut nama pesakit dan ibunya)

4. Selawat Shifa'